Allahuakbar..ingin ana coretkan di sini mengenai pembacaan ana mengenai sebuah kisah mengenai betapa ana mengangumi Sultan Muhammad Al Fateh di mana ketika ana membaa mengenai kisah beliau menakluk kota Konstantinopel amatlah menyentuh perasaan.Ana amat mengangumi beliau yg mempunyai keperibadian mulia dan disebabkan keperibadiaan beliau yg taat beribadah,maka perancangan utk menakluk Kota Konstantinopel berjalan lancar.Allah sentiasa menolong dan bersama hamba-hambaNya yg soleh.Utk pengetahuan antum semua,Kota Konstantinopel menjadi kebanggan kerajaan Rom Timur kerana kedudukannya yang strategik di antara Eropah dan Asia.Kerajaan Rom Timur atau Byzantine pada masa itu adalah kuasa terbesar dunia selepas Parsi berjaya ditumbangkan oleh tentera Islam.Oleh sebab begitu hebatmya kota Konstantinopel,maka Napaleon Bonaparte pernah berkata,"sekiranya dunia ini adalah sebuah negara,maka kota Konstantinopel inilah yg paling layak menjadi ibu negaranya".
Sesungguhnya Nabi Muhammad terlebih dahulu memperkatakan perihal Konstantinopel sebelum Napaleon Bonaparte.Rasulullah bersabda,"sudah dibuka kepada saya negeri Syam (atau Rom Timur).Demi Allah,saya sudah melihat istana-istananya yg merah pada saat ini."Rasulullah bersabda lagi yg bermaksud,"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yg baik,tentera yg baik dan rakyat yg baik".
Menurut catatan sejarah,sebanyak 12 kali pihak Islam cuba menakluknya tetapi gagal.Kali yg ke 13 barulah mereka berjaya menaklukinya,iaitu selepas lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah dan barulah ia benar2 menjadi kenyataan.Penaklukan itu berjaya dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yg pada itu baru berumur 21 tahun tetapi sudah berupaya memimpin 250 ribu tentera bagi menakluk kota Konstantinopel.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam kota itu,maka beliau pun terus melakukan sujud syukur.Kebaikan sultan Muhammad Al-Fateh dan kemuliaan hatinya terserlah ketika beliau tidak menghukum tawanan perang walaupun beliau tahu tentera Rom sudah banyak menyebabkan kematian tentera Islam tetapi beliau tetap mahu mencontohi apa yg pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad ketika berjaya menakluk kota Mekah.
Ingin ku coretkan lbih banyak kisah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh,tetapi cukuplah sekadar ini sebagai renungan.Melalui kisah penaklukan kota Konstantinopel,ana berasakan bahawa kisah2 perjuangan pejuang2 Islam terdahulu amatlah besar pengorbanannya.Melalui pembacaan kisah2 mereka,ana dapat merasakan bahawa Islam adalah agama yg hebat,agama yg mulia dan tidak ada agama lain dapat menandingi agama Islam.Allah akan menolong hamba-hambaNya yg bertakwa dan sering meminta pertolonganNya.Maka,ana menyeru kepada sahabat2 semua,sentiasalah meluangkan masa utk membaca kisah2 pejuang Islam yg hebat.Kita belajar dan mengambil ikitbar daripada sirah Rasulullah s.a.w.Semoga bermanfaat kepada antum semua.:)